Sebagai orang tua dalam PDM Matang Pagar yang masih berjuang dan setia dengan perjuangan yang dibawa oleh UMNO. Maka saya ingin menyeru kepada pimpinan UMNO Bahagian Subang supaya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang ujud dalam PDM Matang Pagar dan berusaha untuk mengatasinya dengan kadar segera. Ini amat penting jika UMNO dan BN ingin mendapat undi majoriti dalam PDM tersebut bila pilihanraya diadakan nanti. Walau bagaimana pun saya yakin YB. Dato' Ketua UMNO Bahagian Subang telah lama berusaha kearah itu. Namun bagitu saya berharap beberapa perkara perlu diberi keutamaan. Antaranya:-
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin kepada semua pimpinan UMNO Bahagian Subang dan ahli-ahlinya. Seterusnya kepada semua muslimin dan muslimat yang melayari blog ini dengan harapan agar kita semua sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan Rahmatnya.
- Perbezaan pendapat dan pergeseran peribadi antara pimpinan Cawangan2 UMNO dalam PDM Matang Pagar harus diselesaikan dengan segera oleh pihak bahagian.
- Ada pengundi2 yang tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atas berbagai alasan, tapi mereka mahu menyokong UMNO dan BN. Justeru itu saya amat berharap agar pimpinan bahagian dapat mempertimbangkan supaya menubuhkan Kelab Penyokong BN di PDM Matang Pagar.
- Berusaha memperbanyakan aktiviti-aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam PDM tersebut.
- Menyokong dan membantu NGO's yang ada dalam PDM, dalam melaksanakan aktiviti mereka sama ada dari segi moral dan kewangan.
- Pimpinan bahagian hendaklah selalu turun ke PDM bukan saja untuk bertemu dengan ketua-ketua cawangan tapi juga hendaklah bertemu dengan pengundi-pengundi.
- Untuk makluman YB. Dato' Ketua UMNO Bahagian Subang, andainya saya menjadi punca masalah PDM Matang Pagar tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka saya dengan hati yang penuh ikhlas mencadangkan agar YB. Dato' lantiklah orang yang cukup layak untuk jadi pengarah PDM Matang Pagar, bagi diri saya cukup sekadar jadi penyokong dibawah saja.
- Satu lagi perkara yang perlu YB. Dato' ketua bahagian bagi pertimbangan ialah mengenai pengerusi jkkkp Matang Pagar. Saya dah lama pegang jawatan itu. Oleh itu sampai masanya orang baru perlu dilantik. Saya tidak ada masalah YB. Dato' nak lantik siapa pun saya akan menyokongnya. Bagi saya UMNO dan BN perlu segar dihati pengundi.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin kepada semua pimpinan UMNO Bahagian Subang dan ahli-ahlinya. Seterusnya kepada semua muslimin dan muslimat yang melayari blog ini dengan harapan agar kita semua sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan Rahmatnya.
" Semoga UMNO SUBANG terus berjaya "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan