Jumaat, 25 September 2009

Lawatan Raya Sdra. Megat Firdaus- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang

Malam ini Jumaat Malam Sabtu Sdra. Megat Firdaus bersama-sama dengan dua orang AJK Bahagian iaitu Sdra. Ali Dani dan Sdra. Zainudin Bakar telah datang beraya ke rumah saya di Matang Pagar. Terima kasih banyak kepada mereka bertiga yang masih ingat pada orang tua yang ketinggalan zaman ini.

Bagi saya kehadiran mereka kerumah saya bukan sekadar saya dapat bermaaf-maafan dengan mereka sempena Hariraya Aidilfitri ini. Tapi yang lebih utama hubungan silatulrahim sesama insan yang bergelar mukmin itu lebih penting. Yang lebih penting lagi ialah saya dapat menyampaikan hasrat hati dan pandangan saya secara peribadi kepada orang nombor dua dalam UMNO Bahagian Subang agar perkara itu dapat dipanjangkan, dibincangkan, diambil keputusan dan melaksanakan keputusan itu untuk kepentingan UMNO dan BN.

Selamat Hariraya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua
kepimpinan UMNO Bahagian Subang. Semoga UMNO
terus maju dan terus maju untuk Agama, Bangsa
dan Tanahair tercinta.

Rabu, 16 September 2009

Masalah dalam PDM Matang Pagar

Sebagai orang tua dalam PDM Matang Pagar yang masih berjuang dan setia dengan perjuangan yang dibawa oleh UMNO. Maka saya ingin menyeru kepada pimpinan UMNO Bahagian Subang supaya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang ujud dalam PDM Matang Pagar dan berusaha untuk mengatasinya dengan kadar segera. Ini amat penting jika UMNO dan BN ingin mendapat undi majoriti dalam PDM tersebut bila pilihanraya diadakan nanti. Walau bagaimana pun saya yakin YB. Dato' Ketua UMNO Bahagian Subang telah lama berusaha kearah itu. Namun bagitu saya berharap beberapa perkara perlu diberi keutamaan. Antaranya:-
  1. Perbezaan pendapat dan pergeseran peribadi antara pimpinan Cawangan2 UMNO dalam PDM Matang Pagar harus diselesaikan dengan segera oleh pihak bahagian.
  2. Ada pengundi2 yang tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atas berbagai alasan, tapi mereka mahu menyokong UMNO dan BN. Justeru itu saya amat berharap agar pimpinan bahagian dapat mempertimbangkan supaya menubuhkan Kelab Penyokong BN di PDM Matang Pagar.
  3. Berusaha memperbanyakan aktiviti-aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam PDM tersebut.
  4. Menyokong dan membantu NGO's yang ada dalam PDM, dalam melaksanakan aktiviti mereka sama ada dari segi moral dan kewangan.
  5. Pimpinan bahagian hendaklah selalu turun ke PDM bukan saja untuk bertemu dengan ketua-ketua cawangan tapi juga hendaklah bertemu dengan pengundi-pengundi.
  6. Untuk makluman YB. Dato' Ketua UMNO Bahagian Subang, andainya saya menjadi punca masalah PDM Matang Pagar tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka saya dengan hati yang penuh ikhlas mencadangkan agar YB. Dato' lantiklah orang yang cukup layak untuk jadi pengarah PDM Matang Pagar, bagi diri saya cukup sekadar jadi penyokong dibawah saja.
  7. Satu lagi perkara yang perlu YB. Dato' ketua bahagian bagi pertimbangan ialah mengenai pengerusi jkkkp Matang Pagar. Saya dah lama pegang jawatan itu. Oleh itu sampai masanya orang baru perlu dilantik. Saya tidak ada masalah YB. Dato' nak lantik siapa pun saya akan menyokongnya. Bagi saya UMNO dan BN perlu segar dihati pengundi.
Ini adalah sebahagian dari pandangan saya orang tua yang ketinggalan zaman.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin kepada semua pimpinan UMNO Bahagian Subang dan ahli-ahlinya. Seterusnya kepada semua muslimin dan muslimat yang melayari blog ini dengan harapan agar kita semua sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan Rahmatnya.

" Semoga UMNO SUBANG terus berjaya "

Selasa, 15 September 2009

PDM Matang Pagar

Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Pagar ini baru saja dilaksanakan oleh SPR pada tahun 2009. Kawasan-kawasan yang terlibat dalam PDM ini ialah Kampung Matang Pagar, Taman Saujana Akasia, Taman Sri Putra, Apartmen Impian Indah, Taman Impian Indah dan Taman Matang Jaya. Cawangan-cawangan UMNO yang ada dalam PDM ini ialah UMNO Cawangan Matang Pagar, UMNO Cawangan Matang Pagar Indah, UMNO Cawangan Apartmen Impian Indah dan UMNO Cawangan Matang Jaya. Lain-lain parti yang ada cawangan dalam PDM ini ialah MCA, PAS dan PKR.