Sabtu, 21 November 2009

Busuk Hati Sesama Ahli Menempah Kegagalan

Bagi sesetengah tempat orang-orang UMNO dapat bekerja sama cukup baik walaupun berlainan cawangan atau kampung. Tapi malang bagi Kampung Matang Pagar cucuk mencucuk, fitnah menfitnah dan buruk memburuk sesama ahli-ahli UMNO masih berlaku walau pun tidak ada apa-apa yang hendak direbutkan. Saya telah dimaklumkan oleh beberapa orang kawan-kawan bahawa ada 2 atau 3 orang pemimpin umno dari satu cawangan di Kampung Matang Pagar bertindak menjaja keburukkan orang lain kepada penduduk-penduduk kampung walaupun perkara itu tidak benar. Perkara ini tidak harus dibiarkan, kerana orang yang kena fitnah tidak akan berdiam diri dan akan bertindak balas.

Oleh itu saya amat berharap agar pimpinan UMNO bahagian bertindak segera untuk mengelak perkara tersebut dari terus berlaku. Ini amat penting kerena ianya melibatkan ahli UMNO. Buruk perangai pemimpin UMNO itu akan dilihat oleh pengundi-pengundi dan akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap UMNO dan mereka tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya nanti kerana sikap buruk orang-orang UMNO sendiri. Justeru itu pimpinan tertinggi UMNO Bahagian Subang diharap bertindak segera sebelum terlambat.


Selasa, 17 November 2009

Aktiviti Sosial - Program Pemeriksaan Kesihatan

UMNO Cawangan Matang Pagar adalah salah sebuah Cawangan UMNO dalam PDM Matang Pagar. Baru-baru ini iaitu pada 15 November 2009 satu aktiviti sosial telah dilaksanakan oleh UMNO Cawangan Matang Pagar iaitu Program Pemeriksaan Kesihatan yang meliputi pemeriksaan buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kolestral dan kaunseling. Program yang dibuat dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia ( NKF ), KRT dan JKKKP Matang Pagar itu bertempat dirumah Hj. saad Md. Saman, Lot D-91, Jalan MP52, Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, Selangor D. Ehsan. Seramai 120 orang telah menghadiri program tersebut, tapi hanya seramai 96 orang sahaja yang sempat membuat pemeriksaan penuh. Yang lain hanya dapat membuat pemeriksaan tekanan darah dan kaunseling sahaja kerana tidak cukup masa.

YBhg. Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak turut hadir dan menyampaikan ucapan. Sementara YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras pula merasmikan program ini. Beliau turut bermesra dengan para peserta dan pegawai-pegawai dari NKF. Dalam program ini juga satu acara selingan telah diadakan iaitu Majlis Sambutan Hari Lahir Secara Beramai-ramai bagi ahli-ahli yang lahir dalam Bulan November. Penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro.

" Penganjur mengucapkan setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang menjayakan
program ini terutama sekali kepada Pegawai
Perpaduan Daerah Gombak, YB. Dato' Ir.
Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN
Kawasan Paya Jaras, Ahli-Ahli Jawatankuasa
KRT, JKKKP, UMNO Matang Pagar serta serta
banyak lagi yang tidak dapat saya sebutkan
disini. "






































Isnin, 16 November 2009

Khutbah Jumaat tidak mengikut Teks JAIS

Perkara khutbah pada Hari Jumaat tidak mengikut teks yang dikeluarkan oleh pihak JAIS adalah perkara biasa dikebanyakkan masjid dan surau dalam Negeri Selangor selepas Kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh PAS/PKR/DAP. Tetapi perkara itu telah berlaku secara keterlaluan pada Hari Jumaat 13 Novemver 2009 yang lalu dimana seorang khatib jemputan telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Surau Darul Ulum, Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, Selangor. Khatib tersebut telah melakukan beberapa pelanggaran arahan daripada pihak JAIS dan juga titah daripada Tuanku Sultan SAelangor serta menyampaikan khutbah secara tidak beretika. Antaranya adalah :-

1.Menyampaikan khutbah tidak mengikut teks yang disediakan oleh JAIS.

2.Isi khutbah yang disampaikan diulang berkali-kali

3.Masa yang diambil untuk menyampaikan khutbah adalah terlalu lama iaitu hampir satu jam.

4.Khatib bertanya kepada jemaah tentang masa ( jam tu betul ke? Sekarang dah pukul berapa?). Ini menunjukkan bahawa khatib beranggapan yang dirinya bukan khatib yang sedang membaca khutbah pada Hari Jumaat tapi seorang penceramah dari sebuah parti politik yang sedang menyampaikan ceramah politik untuk kepentingan parti politik yang diwakilinya.

5.Walaupun khatib itu tidak menyebut nama parti politik tapi rata-rata jemaah faham bahawa itu bukan khutbah jumaat tapi adalah ceramah politik yang menggunakan member jumaat.

6.Khatib telah melanggar titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang sesuatu aktiviti yang berunsur politik hendaklah dijauhkan daripada semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor

Justeru itu saya amat berharap agar JAIS dapat membuat pemantauan berkala dan bertindak mengikut peraturan yang sedia ada. Ini amat penting kerana ianya boleh menyebabkan :-

1.Berlaku perpecahan dalam masyarakat.

2.Jemaah yang biasanya masuk kerja jam 2.00 petang terpaksa menghadapi tindakan disiplin atau potong gaji oleh majikan kerana masuk kerja lewat akibat khutbah yang dibaca oleh kahtib terlalu lama.

3.Akan berlaku pergaduhan jika ada pihak lain yang tidak puas hati bertindak balas

4.Banyak lagi perkara-perkara buruk diluar dugaan akan berlaku jika perkara ini terus dibiarkan tanpa diambil tindakan yang sewajarnya.